Monday, October 22, 2012

~ Dunia Novel (3) ~

Setelah berpuluh novel Melayu saya miliki...baru sekarang rasa terpanggil untuk mengulas. Mungkin agak terlewat dibandingkan dengan pengulas-pengulas novel sedia ada...namun tak salah untuk saya berkongsi apa yang saya ada, apa yang saya dah baca...mungkin juga membantu anda membuat pilihan 'Novel mana nak beli nih?'

Seorang lagi penulis baru yang saya kenali buat pertama kalinya melalui novel sulungnya 'Terlerai Kasih' - adik Rehan Makhtar. Saya tertarik dengan karya tulisan RM saat terbaca kisah Ilham Fitri & Nur Wafiah di Penulisan2U. Pengolahan bahasa dan jalan cerita yang sangat menarik membawa saya memiliki novel ini setelah ceritanya terhenti di blog hijau milik RM.



Ternyata TK tidak menghampakan saya setelah sekian lama saya tidak menambah koleksi novel Melayu. Berkisar kisah seorang wanita yang diuji hidupnya dan hampir tersungkur terhadap takdir dalam mengejar kebahagiaan dan mengharapkan kasih tulus seorang suami.

Nur Wafiah - wanita tabah yang cuba menjadi tonggak kebahagiaan ibu & kakaknya
Nur Wafiah - yang sukar memberi kepercayaan terhadap lelaki kerana masa silam keluarganya
Nur Wafiah - yang dikejar seorang yang bernama Ilham Fitri
Nur Wafiah - yang tidak menoleh lagi setelah berpadu kasih, memasak janji buat sang suami

Ilham Fitri - yang mengejar cinta Nur Wafiah
Ilham Fitri - yang sentiasa cuba memiliki
Ilham Fitri - yang terlalu mencurigai & mencemburui
Ilham Fitri - terlalu mudah menagih kemaafan
 
"Jangan kerap meminta maaf kerana nanti sudah tiada kemaafan yang nak diberikan" antara bait kata yang terbukti nyata dalam Terlerai Kasih. Saat 'Terlerai Kasih', masihkah ada sisa cinta bersulam rindu dari Wafi untuk Am? Kisah mereka memang mengguris perasaan menyebabkan air mata saya mengalir laju dan adakalanya sebak menahan sendu. Realitinya, pengolahan & garapan cerita yang mantap oleh RM membuatkan saya betul-betul merasai jiwa & naluri Wafiah.
 
Apakah kesudahan cerita silam Wafi dengan Fazlee yang dicemburui Fatehah dan juga Am;
 
Adakah bahagia buat Wafi yang diigau janji dengan Zali - abang iparnya merangkap suami Kak Anah dalam menjaga hati seorang ibu;
 
Masih adakah sisa kemaafan dari seorang Nur Wafiah buat Ilham Fitri?
 
Semuanya dalam Terlerai Kasih karya Rehan Makhtar yang 50% daripada jalan ceritanya berdasarkan kisah benar. Jemput tinjau komen lain di group FB Kisah Hati

No comments:

Post a Comment