Monday, October 22, 2012

~ Dunia Novel (3) ~

Setelah berpuluh novel Melayu saya miliki...baru sekarang rasa terpanggil untuk mengulas. Mungkin agak terlewat dibandingkan dengan pengulas-pengulas novel sedia ada...namun tak salah untuk saya berkongsi apa yang saya ada, apa yang saya dah baca...mungkin juga membantu anda membuat pilihan 'Novel mana nak beli nih?'

Seorang lagi penulis baru yang saya kenali buat pertama kalinya melalui novel sulungnya 'Terlerai Kasih' - adik Rehan Makhtar. Saya tertarik dengan karya tulisan RM saat terbaca kisah Ilham Fitri & Nur Wafiah di Penulisan2U. Pengolahan bahasa dan jalan cerita yang sangat menarik membawa saya memiliki novel ini setelah ceritanya terhenti di blog hijau milik RM.



Ternyata TK tidak menghampakan saya setelah sekian lama saya tidak menambah koleksi novel Melayu. Berkisar kisah seorang wanita yang diuji hidupnya dan hampir tersungkur terhadap takdir dalam mengejar kebahagiaan dan mengharapkan kasih tulus seorang suami.

Nur Wafiah - wanita tabah yang cuba menjadi tonggak kebahagiaan ibu & kakaknya
Nur Wafiah - yang sukar memberi kepercayaan terhadap lelaki kerana masa silam keluarganya
Nur Wafiah - yang dikejar seorang yang bernama Ilham Fitri
Nur Wafiah - yang tidak menoleh lagi setelah berpadu kasih, memasak janji buat sang suami

Ilham Fitri - yang mengejar cinta Nur Wafiah
Ilham Fitri - yang sentiasa cuba memiliki
Ilham Fitri - yang terlalu mencurigai & mencemburui
Ilham Fitri - terlalu mudah menagih kemaafan
 
"Jangan kerap meminta maaf kerana nanti sudah tiada kemaafan yang nak diberikan" antara bait kata yang terbukti nyata dalam Terlerai Kasih. Saat 'Terlerai Kasih', masihkah ada sisa cinta bersulam rindu dari Wafi untuk Am? Kisah mereka memang mengguris perasaan menyebabkan air mata saya mengalir laju dan adakalanya sebak menahan sendu. Realitinya, pengolahan & garapan cerita yang mantap oleh RM membuatkan saya betul-betul merasai jiwa & naluri Wafiah.
 
Apakah kesudahan cerita silam Wafi dengan Fazlee yang dicemburui Fatehah dan juga Am;
 
Adakah bahagia buat Wafi yang diigau janji dengan Zali - abang iparnya merangkap suami Kak Anah dalam menjaga hati seorang ibu;
 
Masih adakah sisa kemaafan dari seorang Nur Wafiah buat Ilham Fitri?
 
Semuanya dalam Terlerai Kasih karya Rehan Makhtar yang 50% daripada jalan ceritanya berdasarkan kisah benar. Jemput tinjau komen lain di group FB Kisah Hati

Sunday, October 21, 2012

~ Dunia Novel (2) ~

2012 menyemarakkan kembali 'cinta' saya kepada novel Melayu. Tidak bermakna, tahun-tahun sebelumnya saya langsung tidak menyentuh novel Melayu...tapi lebih kepada membaca apa yang dibeli adik-adik dari membeli sendiri.  Saya turut terjebak dengan karya-karya yang terpapar di Penulisan2u yang seterusnya membawa saya menjengok ke blog milik pencetus ilham karya tersebut. Semua ini berlaku pada suku tahun pertama 2012 - saat saya berseorangan di daerah lain atas tuntutan kerja dan kekasih hati di daerah lain atas sebab yang sama.

Komen di Facebook daripada my juniors in UUM & SMAP membawa saya mengenali penulis yang menggelarkan dirinya 'Melur Jelita'. Hasil buah tangannya amat menyentuh perasaan, penuh dengan pengajaran serta menimbulkan kesedaran bahawa 'CUKUPLAH ALLAH ADA. DIA ADA UNTUK KU'. Sungguh...'Awak Suka Saya Tak' (ASST) benar-benar menyentak perasaan.


Penuh dan padat! Adakala saya ketawa keseorangan, ada waktu saya menangis teresak2 bila menyusuri perjalanan hidup Intan Zulaikha & Hilman Yong. Yang pasti....bila kita menyerahkan cinta kepada yang berhak, tentulah bahagia yang Allah sajikan untuk hambaNya. Pandangan pertama di restoran KFC, pertemuan tak disangka di KLCC, berkejaran di Bagan Lalang, merayu kasih di Masjid Wilayah, membawa diri ke Cameron Highlands, berselisih takdir di Terengganu...ASST penuh dengan pengajaran yang tersirat & tersurat.

Penulis turut membawa saya kedunia berkaitan kuda. Boleh dikatakan, 2/3 daripada ASST berlatarbelakangkan Terengganu Equestrian Resort (TER). Andai ada kemampuan ingin saya belajar menunggang kuda...Yupp! Insya allah suatu hari nanti. 

Alangkah indahnya andai pasangan hidup sehebat 'Hilman Yong'...itulah yang saya rasakan. Namun tidak bermakna saya menyesali apa yang saya ada sekarang. Ada yang 'mencemuh' bila masa terluang saya dihabiskan dengan melayan novel setebal ASST...tapi mereka sebenarnya terlepas ilmu yang boleh diperolehi dalam suasana yang santai dan sangat...sangat...SANGAT menghiburkan! ASST mengingatkan saya untuk sentiasa bersangka baik sesama manusia...jangan mudah melatah...berhati2 memilih kawan...jujur dengan diri sendiri...dan bersabar dalam menghadapi dugaan Allah. 

Ini pandangan peribadi saya...tentunya 'selera' anda berbeza...tapi saya yakin, anda tak menyesal seandainya anda menjadikan ASST sebagai bacaan masa senggang anda.

Kisah Intan bertemu dan jatuh kasih dengan Hilman...
Kisah Intan mengenali Damien di saat kehilangan Hilman...
Kisah Intan yang tersepit disaat mengutamakan kasih ibu untuk seorang anak...
Kisah Intan yang berusaha mengembalikan kasih seorang hamba kepada Tuhannya...
Kisah Kasih Sayang!

Semuanya dalam ASST...





Tuesday, October 16, 2012

~ Dunia Novel (1) ~

Dunia novel Melayu saya tinggalkan agak lama bila saya jatuh cinta dengan watak-watak 'romantik melayang ke awan' dalam Novel fiksyen Inggeris dengan satu tujuan untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Semua hasil tangan Judith McNaught ada dalam koleksi peribadi dan tidak kurang juga hasil tulisan Amanda Quick a.ka. Jayne Ann Krentz, Jude Deveraux dan enath siapa lagi. Banyak lagi novel-novel dalam genre yang sama yang saya perolehi dari kedai buku di Pasar Seni - zaman belajar; duit poket limited :P -

Tak ingat tarikh sebenar...tapi tahun 2012 nih mengembalikan saat saya kembali terjebak dengan Novel Melayu...Walaupun mungkin agak terlewat; ini ulasan ringkas untuk novel yang saya beli sebab berkenan dgn cover page...

Though people say 'Dont Judge A Book by its cover'; people also say 'First Impression Counts'...
 
 

Macamtulah sebenarnya yang menyebabkan saya tergerak untuk memiliki 'Jodoh Itu Milik Kita' karya penulis baru Sara Aisha. Agak was-was juga pada awalnya kerana zaman remaja saya dihabiskan dengan meniliti karya2 penulis terdahulu seperti Kak Zuraidah Othman; Shamsiah Md Noor, Puan Sri Rosmini Shaari dan ramai lagi. Mereka punya sentuhan yang hebat dalam menghasilkan karya2 gemilang dan menyentuh naluri dan perasaan.

JIMK memaparkan kisah pasangan suami isteri yang ditakdirkan menjadi suami isteri atas kekhilafan 'bakal suami' asal. Atas sikap menyelamatkan maruah keluarga dan maruah si pengantin perempuan Aariz Danial bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami sedangkan jiwa dan perasaannya masih terbeban dengan seribu satu sejarah silam. Merasa diri hina dan berdosa, Aariz menghalang jiwanya untuk mengecap kebahagian bersama insan yang ditakdirkan untuknya - Dahlia. Acapkali, terlintas difikirannya untuk mengembalikan isterinya yang sah kepada Shafiq - 'adik'nya sendiri

Sara Aisha membawa saya menjelajahi jiwa Aariz dan Dahlia dalam melayari kehidupan berumahtangga. Badai yang datang melanda menguji tahap kesetiaan seorang isteri dan kematangan seorang suami. Namun atas nama insan - kesabaran itu amat terbatas yang membawa kepada episod walang dalam hidup Dahlia. Shafiq atas nama 'dendam' & rasa 'terputus kasih sayang' ibu & ayah berhasrat memiliki kembali Dahlia walaupun apa yang berlaku di awal kisah adalah pilihannya sendiri.

JIMK membawa kita menyedari hakikat kehidupan yang kita cuba susun dengan pelbagai acara adalah dalam rencana Allah...Terkadang manusia lupa bahawa tiada yang berbeza disisi Allah melainkan ketaqwaan kepadaNya...masih ada jalan pulang untuk mereka yang berbuat silap...Siapalah kita untuk menolak takdir yang telah Allah tetapkan sejak azali lagi?

Apakah kesudahan kisah Aariz Danial dan Dahlia yang dibayangi dendam Shafiq? Kesemuanya digarap dengan baik dalam buah tangan Sara Aisha yang pertama... dan ini antara baris ayat yang terkesan untuk saya "Hukuman yang terbaik adalah dengan memberikan Kemaafan"...
 
Kenali Aariz & Lia melalui JIMK...