Tuesday, October 16, 2012

~ Dunia Novel (1) ~

Dunia novel Melayu saya tinggalkan agak lama bila saya jatuh cinta dengan watak-watak 'romantik melayang ke awan' dalam Novel fiksyen Inggeris dengan satu tujuan untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Semua hasil tangan Judith McNaught ada dalam koleksi peribadi dan tidak kurang juga hasil tulisan Amanda Quick a.ka. Jayne Ann Krentz, Jude Deveraux dan enath siapa lagi. Banyak lagi novel-novel dalam genre yang sama yang saya perolehi dari kedai buku di Pasar Seni - zaman belajar; duit poket limited :P -

Tak ingat tarikh sebenar...tapi tahun 2012 nih mengembalikan saat saya kembali terjebak dengan Novel Melayu...Walaupun mungkin agak terlewat; ini ulasan ringkas untuk novel yang saya beli sebab berkenan dgn cover page...

Though people say 'Dont Judge A Book by its cover'; people also say 'First Impression Counts'...
 
 

Macamtulah sebenarnya yang menyebabkan saya tergerak untuk memiliki 'Jodoh Itu Milik Kita' karya penulis baru Sara Aisha. Agak was-was juga pada awalnya kerana zaman remaja saya dihabiskan dengan meniliti karya2 penulis terdahulu seperti Kak Zuraidah Othman; Shamsiah Md Noor, Puan Sri Rosmini Shaari dan ramai lagi. Mereka punya sentuhan yang hebat dalam menghasilkan karya2 gemilang dan menyentuh naluri dan perasaan.

JIMK memaparkan kisah pasangan suami isteri yang ditakdirkan menjadi suami isteri atas kekhilafan 'bakal suami' asal. Atas sikap menyelamatkan maruah keluarga dan maruah si pengantin perempuan Aariz Danial bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami sedangkan jiwa dan perasaannya masih terbeban dengan seribu satu sejarah silam. Merasa diri hina dan berdosa, Aariz menghalang jiwanya untuk mengecap kebahagian bersama insan yang ditakdirkan untuknya - Dahlia. Acapkali, terlintas difikirannya untuk mengembalikan isterinya yang sah kepada Shafiq - 'adik'nya sendiri

Sara Aisha membawa saya menjelajahi jiwa Aariz dan Dahlia dalam melayari kehidupan berumahtangga. Badai yang datang melanda menguji tahap kesetiaan seorang isteri dan kematangan seorang suami. Namun atas nama insan - kesabaran itu amat terbatas yang membawa kepada episod walang dalam hidup Dahlia. Shafiq atas nama 'dendam' & rasa 'terputus kasih sayang' ibu & ayah berhasrat memiliki kembali Dahlia walaupun apa yang berlaku di awal kisah adalah pilihannya sendiri.

JIMK membawa kita menyedari hakikat kehidupan yang kita cuba susun dengan pelbagai acara adalah dalam rencana Allah...Terkadang manusia lupa bahawa tiada yang berbeza disisi Allah melainkan ketaqwaan kepadaNya...masih ada jalan pulang untuk mereka yang berbuat silap...Siapalah kita untuk menolak takdir yang telah Allah tetapkan sejak azali lagi?

Apakah kesudahan kisah Aariz Danial dan Dahlia yang dibayangi dendam Shafiq? Kesemuanya digarap dengan baik dalam buah tangan Sara Aisha yang pertama... dan ini antara baris ayat yang terkesan untuk saya "Hukuman yang terbaik adalah dengan memberikan Kemaafan"...
 
Kenali Aariz & Lia melalui JIMK...

No comments:

Post a Comment