Thursday, December 15, 2011

:: Hadiah Ulangtahun idaman anda ::

Anda sedang menipu diri anda sekiranya sedang terlintas di fikiran anda


"Eleh...aku tak kisah lah apa orang nak bagi"


Selalunya cakap camgini kengkononnya cam bagus ler...tapi dlm hati mungkin nak cover line sbb tak dapat apa2 hadiah pun untuk ulangtahun tak kira la ulangtahun kelahiran ker...ulangtahun kawin bagi yg dah berkahwin & yg dah jadi trend zaman skrg nih... ulangtahun pertemuan pertama or ulangtahun 'declare' as pakwer/makwer! 


Rajin gila ingat date nih...walhal birthdate mak ayah or adik beradik sendiri terkial2 pulak nak mengingatnya! 


Tolong amek ingat yer kengkawan sumer - "HARAM mengambil wanita sebagai kekasih tanpa niat untuk dikahwini" - nih pesanan Ustaz Azhar Idrus yer....So pikir balik apa tujuan nak berkasih-kasihan tuh. Yang pompuan tu plak, kalau sekadar kawan2 jer lupakanlah....kurang sikit buat dosa tuh.


Okeh, berbalik kepada cerita asal...for myself dalam usia dah melebihi 17 tahun....errr for the last 20 years yer...tak pernah lah mengharapkan sebarang hadiah menjelang ulangtahun kelahiran or perkahwinan yang baru menjangkau angka 5 nih... 


Antara barang2 yang manjadi idaman mungkin...


Handbag/WalletNih selalu jadi hadiah pasangan suami isteri. Walhal, barang yang sama - lain brand jer kot -   masa hantaran kawin haritu pun belum tentu pakai :P


Jam tangan - hadiah wedding anniversary aku yg pertama was jam tangan yang aku sangat suka pakai sampai hari nih :) Talinya dah ditukar sekali & bakal ditukar lagi dalam masa yang terdekat nih!


This is considered practical gift sbb boley dikatakan sumer org pakai jam. Wpun kita dah ada satu yang mungkin beli sendiri, seronok jugak kalau sekali sekala tukar pakai jam tu match dgn baju or mode or majlis...Siap duit beli bateri jam lah yer kalau koleksi tu dah lebih dari 7 hari seminggu!


Makan malam - nih kira benda common for wedding anniversary. Nak pulak anak2 yang tolong tempahkan wpun mungkin kita kena bayar sendiri later...Best giler kalau spouse buat surprise wpun sendiri boley agak at the time dalam perjalanan ke lokasi yang tak dinyatakan....boley tangkap syahdu kejap!


Tapi konpem surprise kalau spouse sambut awal dari tarikh sebenar..............dgn syarat dia memang buat in advanced & bukan sebab lupa tarikh sebenar! 


Buku - nih hadiah birthday yang sangat praktikal untuk anak2 tak kira peringkat usia. Wpun budak tu baru umur setahun dua; tak bermakna takder buku yang sesuai dgn usia. Aku tak berapa gemar nak beli toys for kids; so aku end up beli hadiah berunsur ilmiah atau yang boleh merangsang kreativiti anak2 kecik like drawing or colouring books! Ke arah masa hadapan anak2 celik huruf :)


Oh...buku pun boley untuk org dewasa or for wedding anniversary. Sesuai jugak untuk menyampaikan maksud tersirat...umpamanya buku resipi....kot2 la kwn tu not that good at cooking...hehehehe; or pasal ilmu akhirat...kalau nak bantu kwn tu kembali ke pangkal jalan. By the way buku ilmu akhirat skrg nih dah dtg dalam pelbagai bentuk yang menarik & tak membosankan. So, pandai2 & rajin2 lah cari buku yang membawa manfaat


Cakap pasal hadiah dambaan hati nih, memang takkan habis. Lain orang lain seleranya...


Orang nak ambik ingat birthday/anniversary kita pun dah cukup besar RahmatNya. After all; semakin meningkat usia semakin singkat umur yang dipinjamkan Allah kepada kita. Hadiah2 nih perkara dunia....if orang bagi terima seadanya wpun ia hanya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kad yang tak seberapa harganya yang penuh dgn tandatangan rakan2 anda - nih jimat bajet ya amat nih - especially bila kad tu saiz tapak tangan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ataupun sebijik kek yang makan ramai2 kat ofis & yang hanya akan meningkatkan paras gula dalam darah anda :P
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ataupun sebaris ....errr beberapa baris jugak lah selalunya...ucapan semoga hidup kita dipanjangkan umur, dirahmati & diberkati kehidupan dengan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Actually, hadiah ucapan cam gini lah yang paling da Best da Bomb! Its the thoughts that count! Lagi ramai bagi ucapan camnih, lagi bertuah lah orang tuh sbb ramai yang tolong mendoakan perkara2 yang baik untuk diri hamba Allah tu. 


Kalau kat dalam FB tuh mau berderet2 ucapan...tak ambik kira lagi yg diterima secara peribadi melalui SMS or email....


The best is bila terima mesej tu dari insan yang disayangi...wpun simple...itulah yang paling syahdu & lekat di hati....apatah lagi bila itulah mesej pertama yang diterima pada hari tersebut!


Salam ulangtahun untuk semua.....
Moga hidup dalam keberkatan & rahmat Allah!

No comments:

Post a Comment