Sunday, September 25, 2011

:: Kebiasaan aku :: Kebiasaan Korang :: Sama tak?? ::

Familiar tak gambar nih???

Tak? Cer tengok betul-betul...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bukan! Bukan pasal Sesame Street

Cer tengok sekali lagi...kita bagi besar sket...
Dapat tak? Tak dapat jugak? 

Ok..kalau yang nih mesti sumer biasa tengok kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tengok balik  yang atas tadi...
sama sebenarnya tapi tak serupa!

Tapi, ni bukanlah nak cerita pasal gambar tu sangat but nak cerita my favourite past time dolu-dolu...

Tak ingat bila start buat perkara nih yg setengah orang anggap tak ber pekdah tapi banyak gak tau pekdahnya...

Selain dari ‘pencarian’ biasa menggunakan Google seperti cari alamat, cari resipi – kalau orang pompuan tak pernah buat nih; konpem tipu -, cari alamat website lain, cari artikel, cari gambar nak cantikkan presentation material...dan macam-macam cari lagi lah...


........medium nih jugak sebenarnya AMAT berguna untuk:

Menilai populariti anda

Cer try google nama korang...agak2 out of all the hits; yang mana betul2 ada kaitan ngan korang?


First time aku google nama sendiri...terus terjumpa satu blog yang ala-ala ‘mengumpat’ aku...mungkin jugak  it was only a statement about my real self. Sayang I didn’t keep the address tapi still ingat lagi ayat the blogger tulis 


“Tender Secretary yang garang tu....cik <my name>”

So, korang kalau nak tulis pasal org lain kat tempat korang blogging...hati2 yek...gunakanlah nama samaran yer...


Mencari kemana hilangnya rakan2 sekolah (sebelum kewujudan MukaBuku)

Yer benar...kalau sekarang korang cari dalam 'MukaBuku', kawan korang tu takder, cer try guna Google. Insya Allah...korang boley dapat segala bagai maklumat pasal kawan korang. Kalau tak der rezeki, mungkin sekadar namanya menjadi sebutan dalam  tulisan-tulisan rakan2 mereka yang lain. Tapi ada kalanya korang mungkin menemui yang lebih dari biasa.

Yer lebih dari biasa...saya pernah menjumpai nama rakan yang ‘melarikan diri’ – atas sebab2 peribadi – lengkap dengan jawatan, alamat tempat kerja, nombor tepon dan juga nombor IC.


So moral of the story - korang kalau berhajat nak larikan diri drpd kengkawan...lupakan sajer lah. Tak payah ada benda canggih manggih macam dlm movie ‘Johnny English Reborn’ 


*iklan sekejap – citer nih best – ketawa terbahak2 hhhmmmmm....
mungkin juga berdekah2 dari awal sampai akhir*
 


hanya dengan access to Google – pencarian anda mungkin berakhir di situ J


Mendapatkan maklumat terkini


Masih pasal mencari rakan2 lama...Bila buat kejer mencari nama nih, please expected the unexpected. I found out that my friend has passed away thru google. Al-Fatihah for my friend ‘Hazelishah Izehar’. Her name was mentioned by one of her friends from UITM.

So, aku nak tanya....korang buat tak benda2 nih...or korang ada buat benda lain jugak guna Google nih yang aku tak terpikir atau tak cukup pengetahuan! 


Share lah sket J Ilmu yang ada kena kongsi tau...tak baik simpan sorang2 - kurang pahala...hahahaha...ehhh, tapi betul tau stmt nih!


Baideway, sekali sekala jgan lupa klik dekat "I’m feeling Lucky"


Hari nih – my luckiness was about all the countries Independence date...


This how’s Malaysia Independence date Google look alike:


~ Merdeka Raya ~
Happy Googling Bloggers!

No comments:

Post a Comment